Thursday, March 13, 2014

TENTANG RASA


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...


Hmm.. Tak tau nak mula kat mana, tak tau nak mula dari mana. Banyak sangat yang terpendam kat hati n banyak sangat yang bermain di minda. Macam2 rasa, macam2 cerita. Yang pasti, 1 perkataan je untuk menzahirkan semua kekalutan ini.. KELIRU!


Ntah ape yang aku rasa, aku pun tak pasti. Gembirakah aku? Bahagiakah aku? Sedih? Sebak? Pilu? Semua rasa bercampur jadi 1.


Awal pagi 12 Mac 2014, aku dikejutkan dengan berita berkaitan Memo Perpindahan Tempat Bertugas. Kata kawan aku, "memo dah keluar!". Kelu lidah!

Sedangkan sejak Oktober 2013 aku tunggu saat ini, menanti setiap hari dengan doa dan harapan. Harapan agar aku dapat posting di tempat yang lebih dekat dengan family. Aku tak mengharapkan posting di Kedah, Perlis @ Penang. Memadailah sekadar di Perak, Selangor @ KL. Tapi bukan kuasa aku untuk tentukan semua itu. Sungguh aku merancang, tapi perancangan Allah itu yang terbaik untuk hambanya. Ada hikmah disebalik semua ini.


Bukan mudah untuk memujuk hati agar redha dengan apa yang berlaku seandainya perkara itu yang cuba aku elakkan selama ini. Dalam memujuk hati yang duka, aku ingatkan diri bahawa, "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.."-Al-Baqarah

Semua yang berlaku pasti ada hikmah yang belum aku temui kemanisannya. Semoga aku menjadi hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan setiap ketentuan dari-Nya.


Aku masih di PAHANG!


Mungkin rezeki aku disini. Mungkin aku lebih bahagia disini. Mungkin aku lebih sempurna disini. Mungkin aku lebih matang disini. Bersangka baik!


Masih jelas diingatan, saat pertama kali aku mendapat panggilan dari HQ AIM. Posting pertama aku sebagai Pegawai Eksekutif adalah di AIM Cawangan Maran, Pahang. Yang mana office aku bertempat di Bandar Pusat, Jengka. Pertama kali dapat call dari HQ berkaitan tempat posting, lidah aku kelu! Tak ada rasa, kosong.. Aku kemas barang2 tanpa perasaan.


29 Mac 2013

Aku bertolak ke Pahang bersama Mak, Abah, Paksu n Pakcik. Destinasi pertama ialah ke Kuala Lipis, kg halaman Abah. Kami disambut mesra oleh family Pak Njang, anak2 dari jauh semua disuruh balik untuk meraikan kami dari Kedah. Meriah!


Kekeruhan dimuka aku menjadi perhatian. Demi sebuah senyuman, aku dilayan bak puteri. Dibawa kesana kesini, dibelikan itu ini, persis anak kecil. Aku? Masih begitu. Senyuman masih sombong untuk menyapa.


31 Mac 2013

Bergerak ke Jengka. Pak Njang, Mak Njang, anak, menantu dan cucunya turut menemani. Aku? Tidur! Sepanjang perjalanan ke Jengka aku habiskan masa dengan tidur. Dihujung telinga aku dengar celoteh Mak Abah Paksu n Pakcik yang risaukan aku. Aku? Diam membatu! Berpura-pura nyenyak dalam lena!


Sampai di rumah sewa Jengka.15, Mak Abah uruskan berkaitan sewa dengan tuan rumah. Mendung diwajah aku memaksa Abg Rie dan Kak Liza membawa aku pusing2 melihat keadaan di Bandar Jengka. Aku? Terkesima! Inikah tempat yang terpaksa aku lalui sepanjang 6bulan latihan sebagai Pegawai Eksekutif AIM??


Tiba masa Mak Abah nak tinggalkan aku. Mak menangis teresak-esak. Abah sebak menahan airmata. Paksu Pakcik kelu tanpa kata. Akhirnya pinta mereka agar aku tabah lalui hari2 di Jengka. jangan sedih, jaga solat, jaga makan, jaga kesihatan, tidur awal. Aku? Diam!


Aku menghantar kepulangan mereka sehingga hilang bayang kereta. Saat mereka hilang dari pandangan mata, aku terduduk! Menangis semahunya, sehingga kering airmata.


1 April 2013

Report duty di Cawangan. Aku masih tak biasa. Kenapa aku disini? Makan tanpa rasa, Pahit! Tidur kerana terpaksa, Seksa!

Setiap hari call Mak Abah, menangis teresak2 sampai hilang suara. Tidurku ditemani airmata. Saban hari merindu Mak Abah.


Sehingga 1 hari, Mak tak mampu untuk bercakap dengan aku ditalian, terlalu sedih dengan ketiadaan si anak manja! Kata Abah, setiap hari mak menangis, mak tak makan, tidur mak tak lena, dalam solat pun mak menangis. Kata Mak, Abah pun sama. Bila sebut nama "ADIK", mata Abah jadi merah, bila Nampak makanan kegemaran "ADIK", juring mata abah bertakung. Mak Abah cuma minum sepanjang 2minggu pertama aku di Jengka.


Akhirnya Abah hilang sabar. Abah call, suruh aku berhenti kerja. Balik kg duduk dengan diorang. Abah nak bayar gaji macam AIM bayar, asalkan aku disisi mereka, asalkan aku bersama mereka. Aku? Tersedar!


Aku perlu bangkit! Lupakan kesedihan ini. Lupakan kedukaan ini.

Kerna aku punya cita2. Kerna aku punya impian untuk dilaksana.

Akhirnya semua kembali normal. Mak Abah mula menerima, asalkan anak manja mereka bahagia disana.


Aku nampak mentari cerah bersinar..=)


Namun, itu cuma seketika. Laut mana yang tak bergelora. Bumi mana tidak ditimpa hujan.


Balik dari Seminar Peringkat pertama, sebulan selepas lapor diri, aku sekali lagi dikejutkan dengan berita kurang enak. Officemate merangkap housemate, roommate and Batch-mate yang sentiasa bersama aku sejak hari pertama lapor diri, akan ditarik masuk ke HQ bagi mengisi kekosongan jawatan di sana.


Sekali lagi aku hilang arah. Aku hilang panduan. Aku menangis. Aku merintih.

Mujur! Semua kawan2 Batch-mates aku sentiasa bagi sokongan, bagi semangat. Untuk aku terus bangun, untuk aku terus berjuang.


Aku makin selesa..


Akhirnya aku nampak pelangi..=)


Kata mak, kalau nak tengok pelangi, kenala terima hujan. Betul!


Jadi, aku mesti kuat, aku mesti bersemangat!

Buang rasa kecewa, buang rasa duka!

Belajar terima, belajar redha!


"Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita.. Maka percayalah, Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.."


Ya Allah.. Kau permudahkanlah segalanya untukku. Berikan aku petunjuk agar aku nampak kemanisan atas setiap ketentuan dari-Mu. Amin..


Terima kasih Mak, terima kasih Abah, terima kasih Keluarga, terima kasih Sahabat, terima kasih Kawan2.

Kerana sentiasa disisi saat aku perlukan kalian!

Kerana sentiasa disisi saat aku perlukan sokongan!

Kerana sentiasa disisi saat aku perlukan perhatian dan kasih sayang!


Pergilah wahai duka, jangan pernah kau huni hatiku lagi. Sungguh aku tidak langsung mengalukan kehadiranmu yang selalu menyiksa batinku.

Benar aku Bahagia!

No comments:

Post a Comment