Tuesday, June 30, 2015

MAI'AMY SKINCARE & TOUJOURS ADVANCED COLLAGEN SHOTS

Bismillah..
It's Me!!

Today nak share tentang 2 produk yg alya guna untuk pulihkan kulit alya yg rosak akibat salah guna produk. 8 tahun dgn masalah kulit, hampir buat alya putus asa. Dah macam2 produk kecantikan n supplement alya try, but nothing change. Sampai la alya mula guna produk dari Mai'Amy Skincare and consume supplement Toujours Advanced, alhamdulillah my skin getting better now. Kedua2 produk ni alya guna since Disember 2014 till now, memang nampak perubahan yg sangat ketara. To those who have skin problem, jgn cepat putus asa ok? Tidak ada penyakit yg tiada ubat, yg penting kena usaha coz xsemua produk sesuai dengan kita. Me is happy now!!😘

Ok for your info, Mai'Amy Skincare ni bebas dari bahan kimia terlarang, TIADA kesan peeling, HALAL, ada KKM, dan menggunakan teknologi SWISS. Kulit alya jenis yg sangat sensitif, alah pada habuk n pada produk yang banyak bahan kimia. But Mai'Amy Skincare sangat gentle to skin n natural based, the proof is cleanser dia hampir TIADA buih which is no harmful chemical n natural, but membersih kulit dengan sangat efektif!😉

And supplement Toujours Advanced (TA) pula 100% natural based, chemical-free, diiktiraf HALAL by JAKIM and bertaraf GMP. Loaded with fruit extracts goodness like acai berry, apple, lemon, blueberry, strawberry n makanan sunnah like delima, madu dan kurma. It's complete in 1 sachet, and alhamdulillah since consume TA ni memang rasa bertenaga sepanjang hari even sibuk sangat dgn kerja n aktiviti luar, paling best sebab it is an anergy booster! This is the 1st supplement yang alya consume paling lama ok! Boleh bertahan sebab senang nak telan n praktikal utk dibawa ke mana2, semudah; koyak sachet then terus telan, yummy😋 Most of supplement sebelum ni semua kena bancuh bagai, sangat tidak praktikal untuk makhluk yg busy like me dgn situasi kerja yg kerap outstation. TA is the best supplement ever i told you!😘

Yang Mai'Amy Skincare tu boleh whatsapp for consultation dulu untuk tentukan yang mana satu sesuai untuk kulit masing-masing ok?

To those yang berminat, boleh whatsapp alya di talian 016-444 1725

Instagram: nurkasmelia
Facebook: nurkasmelia.jusoh

Thursday, September 18, 2014

~Dark Chocolate Shower Cream by Skinlicious (Mandian Coklat Hitam)~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.
 
Selamat pagi tatapanku yang disayangi n dikasihi sekalian alam, hehe.. Pagi ni takde la nak cakap panjang2, cuma nak pesan kat sape2 yang masih belum mencuba Dark Chocolate Shower Cream supaya mencuba Hot Product dari Skinlicious ni, sumpah best!!!
 
 
Beli sebotol dengan harga promo RM30/ 500ml dan anda berpeluang memenangi hadiah subang emas 18K tau. Mudah je caranya, anda hanya perlu selfie dengan Dark Chocolate Shower Cream ni dengan testimoni paling menarik. Mudah kan? So apa tunggu lagi, cepat2 dapatkan segera dari saya, Authorized Stokist Skinlicious.
 
Di sini juga saya sertakan no telefon beberapa orang Agent dan Dropship di kawasan anda, boleh COD di beberapa kawasan tersebut dan juga Postage ke Seluruh Malaysia (FREE POSTAGE).
 
KEDAH
Isa (Sungai Petani): 017-4198405
Puan Khalipah (Baling): 019-4279568 
 
PAHANG
Hidayah (Jerantut): 019-6036629
Ziera (Rompin): 014-5404902
 
PENANG
Azira (Bayan Lepas): 019-4061303
 
PERAK
Nissa (Taiping/ Bota): 012-5993787
 
SELANGOR
Pija (Bangi/ UKM): 014-9495586
 
KUALA LUMPUR
Azie (Damansara, Kepong): 017-7233780

PUTRAJAYA
Mira: 017-9073832

TERENGGANU
Tuti (Kuala Terengganu): 016-2386402

MELAKA
Daus: 016-6628015
 
Atau boleh terus hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk, pembelian retail dan borong di talian: 016-4441725 (Alya)
Juga boleh COD di sekitar Temerloh, Mentakab, Jengka, Pekan, Gambang, Kuantan, Muadzam Shah, Rompin dan Mersing.
 
Agent dan Dropship amat dialu-alukan, hubungi saya segera!!!

Wednesday, August 27, 2014

~Dark Chocolate Shower Cream by Skinlicious~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.
 
 
 
Hai lovelies.. Hari ni nak promote banyak2 pasal satu produk terbaru keluaran Skinlicious Malaysia Sdn. Bhd.. Produk yang aku maksudkan tu ialah Krim Mandian Coklat Hitam Skinlicious.
 
Krim mandian coklat hitam (Dark Chocolate) Skinlicious™ kaya dengan segala kebaikan untuk kulit anda. Mengandungi vitamin dan pelbagai khasiat dari koko yang sebenar, ianya menjadi pilihan pengamal dan pakar kecantikan di serata dunia sebagai salah satu alternatif terbaik untuk meningkatkan keremajaan kulit. Tidak hairanlah coklat menjadi salah satu bahan istimewa yang ditawarkan di spa-spa dan butik kecantikan eksklusif di kebanyakan tempat.
 
Antara kebaikan yang ada didalam coklat hitam ialah:
1.Mengandungi flavanoid yang berkesan mencegah kehilangan sel dan mencerahkan kulit secara semulajadi.
2.Mengandungi 5 kali lebih antioksida daripada strawberi yang berkesan mencegah kedutan kesan penuaan dan mencegah kerosakan permukaan kulit disebabkan oleh udara, persekitaran dan toksin.
3.Menyingkirkan sel kulit mati sekaligus mencegah pertumbuhan jerawat badan.
4.Mengekalkan kelembapan kulit dan mencegahnya dari kekeringan yang akan menyebabkan kulit kusam dan menggelupas.
5.Kajian saintis mendapati aroma coklat berkesan melegakan tekanan perasaan dan mampu mewujudkan 'mood' romantis pada wanita. Tidak hairanlah coklat menjadi lambang cinta antara manusia sejak dahulu lagi.
6.Perlindungan semulajadi dari sinaran UV dan mencegah risiko kanser pada manusia.
 

 Dapatkannya sekarang dan manjakan diri anda dengan mandian coklat eksklusif ini dan alami pengalaman spa dirumah anda setiap hari.
SMS/ Whatsapp 016-4441725
FB: Nur Kasmelia Jusoh
Instagram: nurkasmelia
Email: nurkasmelia@yahoo.com

Aku adalah Stokis Sah Skinlicious negeri Pahang, so kepada semua agent negeri Pahang boleh contact aku n COD stock kat mana2 area ok.
COD Area: PAHANG-->Bentong, Jengka, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Pekan, Muadzam Shah, Rompin
KEDAH-->Alor Setar, Sg. Petani, Kulim, Baling
POSTAGE Area: Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Cepat dapatkannya sekarang dengan harga promosi:
RM30 (Semenanjung Malaysia)
RM35 (Sabah&Sarawak)

Opsss, sebelum terlupa..

 
Pihak Skinlicious telah mengadakan "MERDEKA CONTEST", hadiah menarik menanti semua peserta. Cara2 untuk menyertai contest ni sangat mudah, adik2 kat tadika pun boleh menang tau, hehe..
 
Cara-caranya:
Sila email / whatsapp gambar #selfie anda bersama product #chocolateshowercream. Testimoni yang terbaik dengan like paling banyak akan menerima SEPASANG SUBANG EMAS 18K. Special untuk #skinliciouslovers yang tidak jemu2 menggunakan #chocolateshowercream sebagai mandian utama di kamar mandi.
 
Contest bermula dari 26 Ogos 2014 - 30 September 2014
 
 
 


Friday, August 8, 2014

#Throwback Amirul Mustaqim (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamuallaikum w.b.t.
 
Macam pelik pulak tajuk entri nih kan? Yela, org semua sibuk post pasal raya tapi aku throwback pasal batchmates aku. Saje je, entri terpendam sebenarnya nih, xnak tulis panjang pon, just want to sharing a few pics with u guys. Sebabnya aku betul2 rindukan batchmates aku. Rindukan gelak ketawa, susah senang and jerih perih bersama dorang masa mula2 dalam latihan dulu. Cepatnya masa berlalu, 6bulan latihan rasa macam cepat je meninggalkan kitorang. 6bulan yang penuh dengan kenangan suka dan duka, yang tak mungkin akan aku lupa. Semoga kejayaan sentiasa menemani setiap langkahmu teman..


So hari ni aku nak story sikit2 la about them all, story bergambar ala2 story board, korang layankan jela ye..:)
 
 
 
Pic ni masa nak pegi makan mee udang Mak Jah kat Kuala Sepetang, sempat singgah sini utk snap pic, layan jela.. hehehe







 
 
Nampak tak kegilaan disitu? hahaha

Ok, masa utk lecture.. Sila focus..

Ni bff aku dalam Batch Amirul Mustaqim nih, Cik Tuti Khalida.. Mrs to be, insyaAllah..=)


Memang kami tak dapat dipisahkan, hehe..




Nape ntah mulut aku macam tengah kunyah gula2, padahal tengah present, hmm..


Ok, ni plak aktiviti riadah waktu petang kat Pusat Latihan aka PLAT.. Kire macam kena buli jugakla, hahaha..


Aku macam biasa la, melawat kawasan..=p

Drama queen je nih, hahaha..

 Yang ni aksi masa presentation, kreatif itu penting hokayyy..



Gambar ni snap sebelum aku kluar pegi klinik, gara2 demam. Tapi macam xdemam pon kan?hmm

Khusyuk dorg nih

hmm.. Patutla..


Ini keje kitorang sebenarnye, hahaha

Penat dengar lecture sampai tertido, hihii





Program malam last kat PLAT, lebih kurang macam dinner jugakla, tapi more to santai concept..

These are my discussion group sepanjang seminggu kursus kat PLAT ni

Tengok ape tu Alya??

Name tag untuk tempoh 6bulan sbg pelatih



So.. Ini la cerita kami, Batch Amirul Mustaqim aka AMians.. Ukhwah yang tersimpul rapi antara kami, semoga kekal ke hujung nyawa.. They are my friends, they are also my soul..=)
 
Next time ada masa aku update cerita kami masa seminar peringkat ke-2 pulak ye, tq sbb sudi baca blog buruk yang bersarang ni..
 
Much love from Alya


Thursday, March 13, 2014

TENTANG RASA


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...


Hmm.. Tak tau nak mula kat mana, tak tau nak mula dari mana. Banyak sangat yang terpendam kat hati n banyak sangat yang bermain di minda. Macam2 rasa, macam2 cerita. Yang pasti, 1 perkataan je untuk menzahirkan semua kekalutan ini.. KELIRU!


Ntah ape yang aku rasa, aku pun tak pasti. Gembirakah aku? Bahagiakah aku? Sedih? Sebak? Pilu? Semua rasa bercampur jadi 1.


Awal pagi 12 Mac 2014, aku dikejutkan dengan berita berkaitan Memo Perpindahan Tempat Bertugas. Kata kawan aku, "memo dah keluar!". Kelu lidah!

Sedangkan sejak Oktober 2013 aku tunggu saat ini, menanti setiap hari dengan doa dan harapan. Harapan agar aku dapat posting di tempat yang lebih dekat dengan family. Aku tak mengharapkan posting di Kedah, Perlis @ Penang. Memadailah sekadar di Perak, Selangor @ KL. Tapi bukan kuasa aku untuk tentukan semua itu. Sungguh aku merancang, tapi perancangan Allah itu yang terbaik untuk hambanya. Ada hikmah disebalik semua ini.


Bukan mudah untuk memujuk hati agar redha dengan apa yang berlaku seandainya perkara itu yang cuba aku elakkan selama ini. Dalam memujuk hati yang duka, aku ingatkan diri bahawa, "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.."-Al-Baqarah

Semua yang berlaku pasti ada hikmah yang belum aku temui kemanisannya. Semoga aku menjadi hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan setiap ketentuan dari-Nya.


Aku masih di PAHANG!


Mungkin rezeki aku disini. Mungkin aku lebih bahagia disini. Mungkin aku lebih sempurna disini. Mungkin aku lebih matang disini. Bersangka baik!


Masih jelas diingatan, saat pertama kali aku mendapat panggilan dari HQ AIM. Posting pertama aku sebagai Pegawai Eksekutif adalah di AIM Cawangan Maran, Pahang. Yang mana office aku bertempat di Bandar Pusat, Jengka. Pertama kali dapat call dari HQ berkaitan tempat posting, lidah aku kelu! Tak ada rasa, kosong.. Aku kemas barang2 tanpa perasaan.


29 Mac 2013

Aku bertolak ke Pahang bersama Mak, Abah, Paksu n Pakcik. Destinasi pertama ialah ke Kuala Lipis, kg halaman Abah. Kami disambut mesra oleh family Pak Njang, anak2 dari jauh semua disuruh balik untuk meraikan kami dari Kedah. Meriah!


Kekeruhan dimuka aku menjadi perhatian. Demi sebuah senyuman, aku dilayan bak puteri. Dibawa kesana kesini, dibelikan itu ini, persis anak kecil. Aku? Masih begitu. Senyuman masih sombong untuk menyapa.


31 Mac 2013

Bergerak ke Jengka. Pak Njang, Mak Njang, anak, menantu dan cucunya turut menemani. Aku? Tidur! Sepanjang perjalanan ke Jengka aku habiskan masa dengan tidur. Dihujung telinga aku dengar celoteh Mak Abah Paksu n Pakcik yang risaukan aku. Aku? Diam membatu! Berpura-pura nyenyak dalam lena!


Sampai di rumah sewa Jengka.15, Mak Abah uruskan berkaitan sewa dengan tuan rumah. Mendung diwajah aku memaksa Abg Rie dan Kak Liza membawa aku pusing2 melihat keadaan di Bandar Jengka. Aku? Terkesima! Inikah tempat yang terpaksa aku lalui sepanjang 6bulan latihan sebagai Pegawai Eksekutif AIM??


Tiba masa Mak Abah nak tinggalkan aku. Mak menangis teresak-esak. Abah sebak menahan airmata. Paksu Pakcik kelu tanpa kata. Akhirnya pinta mereka agar aku tabah lalui hari2 di Jengka. jangan sedih, jaga solat, jaga makan, jaga kesihatan, tidur awal. Aku? Diam!


Aku menghantar kepulangan mereka sehingga hilang bayang kereta. Saat mereka hilang dari pandangan mata, aku terduduk! Menangis semahunya, sehingga kering airmata.


1 April 2013

Report duty di Cawangan. Aku masih tak biasa. Kenapa aku disini? Makan tanpa rasa, Pahit! Tidur kerana terpaksa, Seksa!

Setiap hari call Mak Abah, menangis teresak2 sampai hilang suara. Tidurku ditemani airmata. Saban hari merindu Mak Abah.


Sehingga 1 hari, Mak tak mampu untuk bercakap dengan aku ditalian, terlalu sedih dengan ketiadaan si anak manja! Kata Abah, setiap hari mak menangis, mak tak makan, tidur mak tak lena, dalam solat pun mak menangis. Kata Mak, Abah pun sama. Bila sebut nama "ADIK", mata Abah jadi merah, bila Nampak makanan kegemaran "ADIK", juring mata abah bertakung. Mak Abah cuma minum sepanjang 2minggu pertama aku di Jengka.


Akhirnya Abah hilang sabar. Abah call, suruh aku berhenti kerja. Balik kg duduk dengan diorang. Abah nak bayar gaji macam AIM bayar, asalkan aku disisi mereka, asalkan aku bersama mereka. Aku? Tersedar!


Aku perlu bangkit! Lupakan kesedihan ini. Lupakan kedukaan ini.

Kerna aku punya cita2. Kerna aku punya impian untuk dilaksana.

Akhirnya semua kembali normal. Mak Abah mula menerima, asalkan anak manja mereka bahagia disana.


Aku nampak mentari cerah bersinar..=)


Namun, itu cuma seketika. Laut mana yang tak bergelora. Bumi mana tidak ditimpa hujan.


Balik dari Seminar Peringkat pertama, sebulan selepas lapor diri, aku sekali lagi dikejutkan dengan berita kurang enak. Officemate merangkap housemate, roommate and Batch-mate yang sentiasa bersama aku sejak hari pertama lapor diri, akan ditarik masuk ke HQ bagi mengisi kekosongan jawatan di sana.


Sekali lagi aku hilang arah. Aku hilang panduan. Aku menangis. Aku merintih.

Mujur! Semua kawan2 Batch-mates aku sentiasa bagi sokongan, bagi semangat. Untuk aku terus bangun, untuk aku terus berjuang.


Aku makin selesa..


Akhirnya aku nampak pelangi..=)


Kata mak, kalau nak tengok pelangi, kenala terima hujan. Betul!


Jadi, aku mesti kuat, aku mesti bersemangat!

Buang rasa kecewa, buang rasa duka!

Belajar terima, belajar redha!


"Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita.. Maka percayalah, Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.."


Ya Allah.. Kau permudahkanlah segalanya untukku. Berikan aku petunjuk agar aku nampak kemanisan atas setiap ketentuan dari-Mu. Amin..


Terima kasih Mak, terima kasih Abah, terima kasih Keluarga, terima kasih Sahabat, terima kasih Kawan2.

Kerana sentiasa disisi saat aku perlukan kalian!

Kerana sentiasa disisi saat aku perlukan sokongan!

Kerana sentiasa disisi saat aku perlukan perhatian dan kasih sayang!


Pergilah wahai duka, jangan pernah kau huni hatiku lagi. Sungguh aku tidak langsung mengalukan kehadiranmu yang selalu menyiksa batinku.

Benar aku Bahagia!