Thursday, September 18, 2014

~Dark Chocolate Shower Cream by Skinlicious (Mandian Coklat Hitam)~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.
 
Selamat pagi tatapanku yang disayangi n dikasihi sekalian alam, hehe.. Pagi ni takde la nak cakap panjang2, cuma nak pesan kat sape2 yang masih belum mencuba Dark Chocolate Shower Cream supaya mencuba Hot Product dari Skinlicious ni, sumpah best!!!
 
 
Beli sebotol dengan harga promo RM30/ 500ml dan anda berpeluang memenangi hadiah subang emas 18K tau. Mudah je caranya, anda hanya perlu selfie dengan Dark Chocolate Shower Cream ni dengan testimoni paling menarik. Mudah kan? So apa tunggu lagi, cepat2 dapatkan segera dari saya, Authorized Stokist Skinlicious.
 
Di sini juga saya sertakan no telefon beberapa orang Agent dan Dropship di kawasan anda, boleh COD di beberapa kawasan tersebut dan juga Postage ke Seluruh Malaysia (FREE POSTAGE).
 
KEDAH
Isa (Sungai Petani): 017-4198405
Puan Khalipah (Baling): 019-4279568 
 
PAHANG
Hidayah (Jerantut): 019-6036629
Ziera (Rompin): 014-5404902
 
PENANG
Azira (Bayan Lepas): 019-4061303
 
PERAK
Nissa (Taiping/ Bota): 012-5993787
 
SELANGOR
Pija (Bangi/ UKM): 014-9495586
 
KUALA LUMPUR
Azie (Damansara, Kepong): 017-7233780

PUTRAJAYA
Mira: 017-9073832

TERENGGANU
Tuti (Kuala Terengganu): 016-2386402

MELAKA
Daus: 016-6628015
 
Atau boleh terus hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk, pembelian retail dan borong di talian: 016-4441725 (Alya)
Juga boleh COD di sekitar Temerloh, Mentakab, Jengka, Pekan, Gambang, Kuantan, Muadzam Shah, Rompin dan Mersing.
 
Agent dan Dropship amat dialu-alukan, hubungi saya segera!!!

Wednesday, August 27, 2014

~Dark Chocolate Shower Cream by Skinlicious~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.
 
 
 
Hai lovelies.. Hari ni nak promote banyak2 pasal satu produk terbaru keluaran Skinlicious Malaysia Sdn. Bhd.. Produk yang aku maksudkan tu ialah Krim Mandian Coklat Hitam Skinlicious.
 
Krim mandian coklat hitam (Dark Chocolate) Skinlicious™ kaya dengan segala kebaikan untuk kulit anda. Mengandungi vitamin dan pelbagai khasiat dari koko yang sebenar, ianya menjadi pilihan pengamal dan pakar kecantikan di serata dunia sebagai salah satu alternatif terbaik untuk meningkatkan keremajaan kulit. Tidak hairanlah coklat menjadi salah satu bahan istimewa yang ditawarkan di spa-spa dan butik kecantikan eksklusif di kebanyakan tempat.
 
Antara kebaikan yang ada didalam coklat hitam ialah:
1.Mengandungi flavanoid yang berkesan mencegah kehilangan sel dan mencerahkan kulit secara semulajadi.
2.Mengandungi 5 kali lebih antioksida daripada strawberi yang berkesan mencegah kedutan kesan penuaan dan mencegah kerosakan permukaan kulit disebabkan oleh udara, persekitaran dan toksin.
3.Menyingkirkan sel kulit mati sekaligus mencegah pertumbuhan jerawat badan.
4.Mengekalkan kelembapan kulit dan mencegahnya dari kekeringan yang akan menyebabkan kulit kusam dan menggelupas.
5.Kajian saintis mendapati aroma coklat berkesan melegakan tekanan perasaan dan mampu mewujudkan 'mood' romantis pada wanita. Tidak hairanlah coklat menjadi lambang cinta antara manusia sejak dahulu lagi.
6.Perlindungan semulajadi dari sinaran UV dan mencegah risiko kanser pada manusia.
 

 Dapatkannya sekarang dan manjakan diri anda dengan mandian coklat eksklusif ini dan alami pengalaman spa dirumah anda setiap hari.
SMS/ Whatsapp 016-4441725
FB: Nur Kasmelia Jusoh
Instagram: nurkasmelia
Email: nurkasmelia@yahoo.com

Aku adalah Stokis Sah Skinlicious negeri Pahang, so kepada semua agent negeri Pahang boleh contact aku n COD stock kat mana2 area ok.
COD Area: PAHANG-->Bentong, Jengka, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Pekan, Muadzam Shah, Rompin
KEDAH-->Alor Setar, Sg. Petani, Kulim, Baling
POSTAGE Area: Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Cepat dapatkannya sekarang dengan harga promosi:
RM30 (Semenanjung Malaysia)
RM35 (Sabah&Sarawak)

Opsss, sebelum terlupa..

 
Pihak Skinlicious telah mengadakan "MERDEKA CONTEST", hadiah menarik menanti semua peserta. Cara2 untuk menyertai contest ni sangat mudah, adik2 kat tadika pun boleh menang tau, hehe..
 
Cara-caranya:
Sila email / whatsapp gambar #selfie anda bersama product #chocolateshowercream. Testimoni yang terbaik dengan like paling banyak akan menerima SEPASANG SUBANG EMAS 18K. Special untuk #skinliciouslovers yang tidak jemu2 menggunakan #chocolateshowercream sebagai mandian utama di kamar mandi.
 
Contest bermula dari 26 Ogos 2014 - 30 September 2014
 
 
 


Friday, August 8, 2014

#Throwback Amirul Mustaqim (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamuallaikum w.b.t.
 
Macam pelik pulak tajuk entri nih kan? Yela, org semua sibuk post pasal raya tapi aku throwback pasal batchmates aku. Saje je, entri terpendam sebenarnya nih, xnak tulis panjang pon, just want to sharing a few pics with u guys. Sebabnya aku betul2 rindukan batchmates aku. Rindukan gelak ketawa, susah senang and jerih perih bersama dorang masa mula2 dalam latihan dulu. Cepatnya masa berlalu, 6bulan latihan rasa macam cepat je meninggalkan kitorang. 6bulan yang penuh dengan kenangan suka dan duka, yang tak mungkin akan aku lupa. Semoga kejayaan sentiasa menemani setiap langkahmu teman..


So hari ni aku nak story sikit2 la about them all, story bergambar ala2 story board, korang layankan jela ye..:)
 
 
 
Pic ni masa nak pegi makan mee udang Mak Jah kat Kuala Sepetang, sempat singgah sini utk snap pic, layan jela.. hehehe







 
 
Nampak tak kegilaan disitu? hahaha

Ok, masa utk lecture.. Sila focus..

Ni bff aku dalam Batch Amirul Mustaqim nih, Cik Tuti Khalida.. Mrs to be, insyaAllah..=)


Memang kami tak dapat dipisahkan, hehe..




Nape ntah mulut aku macam tengah kunyah gula2, padahal tengah present, hmm..


Ok, ni plak aktiviti riadah waktu petang kat Pusat Latihan aka PLAT.. Kire macam kena buli jugakla, hahaha..


Aku macam biasa la, melawat kawasan..=p

Drama queen je nih, hahaha..

 Yang ni aksi masa presentation, kreatif itu penting hokayyy..



Gambar ni snap sebelum aku kluar pegi klinik, gara2 demam. Tapi macam xdemam pon kan?hmm

Khusyuk dorg nih

hmm.. Patutla..


Ini keje kitorang sebenarnye, hahaha

Penat dengar lecture sampai tertido, hihii





Program malam last kat PLAT, lebih kurang macam dinner jugakla, tapi more to santai concept..

These are my discussion group sepanjang seminggu kursus kat PLAT ni

Tengok ape tu Alya??

Name tag untuk tempoh 6bulan sbg pelatih



So.. Ini la cerita kami, Batch Amirul Mustaqim aka AMians.. Ukhwah yang tersimpul rapi antara kami, semoga kekal ke hujung nyawa.. They are my friends, they are also my soul..=)
 
Next time ada masa aku update cerita kami masa seminar peringkat ke-2 pulak ye, tq sbb sudi baca blog buruk yang bersarang ni..
 
Much love from Alya


Thursday, March 13, 2014

TENTANG RASA


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...


Hmm.. Tak tau nak mula kat mana, tak tau nak mula dari mana. Banyak sangat yang terpendam kat hati n banyak sangat yang bermain di minda. Macam2 rasa, macam2 cerita. Yang pasti, 1 perkataan je untuk menzahirkan semua kekalutan ini.. KELIRU!


Ntah ape yang aku rasa, aku pun tak pasti. Gembirakah aku? Bahagiakah aku? Sedih? Sebak? Pilu? Semua rasa bercampur jadi 1.


Awal pagi 12 Mac 2014, aku dikejutkan dengan berita berkaitan Memo Perpindahan Tempat Bertugas. Kata kawan aku, "memo dah keluar!". Kelu lidah!

Sedangkan sejak Oktober 2013 aku tunggu saat ini, menanti setiap hari dengan doa dan harapan. Harapan agar aku dapat posting di tempat yang lebih dekat dengan family. Aku tak mengharapkan posting di Kedah, Perlis @ Penang. Memadailah sekadar di Perak, Selangor @ KL. Tapi bukan kuasa aku untuk tentukan semua itu. Sungguh aku merancang, tapi perancangan Allah itu yang terbaik untuk hambanya. Ada hikmah disebalik semua ini.


Bukan mudah untuk memujuk hati agar redha dengan apa yang berlaku seandainya perkara itu yang cuba aku elakkan selama ini. Dalam memujuk hati yang duka, aku ingatkan diri bahawa, "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.."-Al-Baqarah

Semua yang berlaku pasti ada hikmah yang belum aku temui kemanisannya. Semoga aku menjadi hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan setiap ketentuan dari-Nya.


Aku masih di PAHANG!


Mungkin rezeki aku disini. Mungkin aku lebih bahagia disini. Mungkin aku lebih sempurna disini. Mungkin aku lebih matang disini. Bersangka baik!


Masih jelas diingatan, saat pertama kali aku mendapat panggilan dari HQ AIM. Posting pertama aku sebagai Pegawai Eksekutif adalah di AIM Cawangan Maran, Pahang. Yang mana office aku bertempat di Bandar Pusat, Jengka. Pertama kali dapat call dari HQ berkaitan tempat posting, lidah aku kelu! Tak ada rasa, kosong.. Aku kemas barang2 tanpa perasaan.


29 Mac 2013

Aku bertolak ke Pahang bersama Mak, Abah, Paksu n Pakcik. Destinasi pertama ialah ke Kuala Lipis, kg halaman Abah. Kami disambut mesra oleh family Pak Njang, anak2 dari jauh semua disuruh balik untuk meraikan kami dari Kedah. Meriah!


Kekeruhan dimuka aku menjadi perhatian. Demi sebuah senyuman, aku dilayan bak puteri. Dibawa kesana kesini, dibelikan itu ini, persis anak kecil. Aku? Masih begitu. Senyuman masih sombong untuk menyapa.


31 Mac 2013

Bergerak ke Jengka. Pak Njang, Mak Njang, anak, menantu dan cucunya turut menemani. Aku? Tidur! Sepanjang perjalanan ke Jengka aku habiskan masa dengan tidur. Dihujung telinga aku dengar celoteh Mak Abah Paksu n Pakcik yang risaukan aku. Aku? Diam membatu! Berpura-pura nyenyak dalam lena!


Sampai di rumah sewa Jengka.15, Mak Abah uruskan berkaitan sewa dengan tuan rumah. Mendung diwajah aku memaksa Abg Rie dan Kak Liza membawa aku pusing2 melihat keadaan di Bandar Jengka. Aku? Terkesima! Inikah tempat yang terpaksa aku lalui sepanjang 6bulan latihan sebagai Pegawai Eksekutif AIM??


Tiba masa Mak Abah nak tinggalkan aku. Mak menangis teresak-esak. Abah sebak menahan airmata. Paksu Pakcik kelu tanpa kata. Akhirnya pinta mereka agar aku tabah lalui hari2 di Jengka. jangan sedih, jaga solat, jaga makan, jaga kesihatan, tidur awal. Aku? Diam!


Aku menghantar kepulangan mereka sehingga hilang bayang kereta. Saat mereka hilang dari pandangan mata, aku terduduk! Menangis semahunya, sehingga kering airmata.


1 April 2013

Report duty di Cawangan. Aku masih tak biasa. Kenapa aku disini? Makan tanpa rasa, Pahit! Tidur kerana terpaksa, Seksa!

Setiap hari call Mak Abah, menangis teresak2 sampai hilang suara. Tidurku ditemani airmata. Saban hari merindu Mak Abah.


Sehingga 1 hari, Mak tak mampu untuk bercakap dengan aku ditalian, terlalu sedih dengan ketiadaan si anak manja! Kata Abah, setiap hari mak menangis, mak tak makan, tidur mak tak lena, dalam solat pun mak menangis. Kata Mak, Abah pun sama. Bila sebut nama "ADIK", mata Abah jadi merah, bila Nampak makanan kegemaran "ADIK", juring mata abah bertakung. Mak Abah cuma minum sepanjang 2minggu pertama aku di Jengka.


Akhirnya Abah hilang sabar. Abah call, suruh aku berhenti kerja. Balik kg duduk dengan diorang. Abah nak bayar gaji macam AIM bayar, asalkan aku disisi mereka, asalkan aku bersama mereka. Aku? Tersedar!


Aku perlu bangkit! Lupakan kesedihan ini. Lupakan kedukaan ini.

Kerna aku punya cita2. Kerna aku punya impian untuk dilaksana.

Akhirnya semua kembali normal. Mak Abah mula menerima, asalkan anak manja mereka bahagia disana.


Aku nampak mentari cerah bersinar..=)


Namun, itu cuma seketika. Laut mana yang tak bergelora. Bumi mana tidak ditimpa hujan.


Balik dari Seminar Peringkat pertama, sebulan selepas lapor diri, aku sekali lagi dikejutkan dengan berita kurang enak. Officemate merangkap housemate, roommate and Batch-mate yang sentiasa bersama aku sejak hari pertama lapor diri, akan ditarik masuk ke HQ bagi mengisi kekosongan jawatan di sana.


Sekali lagi aku hilang arah. Aku hilang panduan. Aku menangis. Aku merintih.

Mujur! Semua kawan2 Batch-mates aku sentiasa bagi sokongan, bagi semangat. Untuk aku terus bangun, untuk aku terus berjuang.


Aku makin selesa..


Akhirnya aku nampak pelangi..=)


Kata mak, kalau nak tengok pelangi, kenala terima hujan. Betul!


Jadi, aku mesti kuat, aku mesti bersemangat!

Buang rasa kecewa, buang rasa duka!

Belajar terima, belajar redha!


"Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita.. Maka percayalah, Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.."


Ya Allah.. Kau permudahkanlah segalanya untukku. Berikan aku petunjuk agar aku nampak kemanisan atas setiap ketentuan dari-Mu. Amin..


Terima kasih Mak, terima kasih Abah, terima kasih Keluarga, terima kasih Sahabat, terima kasih Kawan2.

Kerana sentiasa disisi saat aku perlukan kalian!

Kerana sentiasa disisi saat aku perlukan sokongan!

Kerana sentiasa disisi saat aku perlukan perhatian dan kasih sayang!


Pergilah wahai duka, jangan pernah kau huni hatiku lagi. Sungguh aku tidak langsung mengalukan kehadiranmu yang selalu menyiksa batinku.

Benar aku Bahagia!

Tuesday, March 11, 2014

I'M BECOME OLDER THAN YESTERDAY...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...=)

Terima kasih Ya ALLAH kerana aku masih diberi nikmat bernafas di hari kelahiranku pada tahun ini. Sesungguhnya sangat besar nikmat yang Kau kurniakan ini, nikmat yang perlu aku gunakan sebaik mungkin untuk berubah ke arah yang lebih baik, InsyaALLAH (Skema plak ayat aku ni, hehe..).


Ok, entry ni takde nak story pape yang best, more to story about how I'm celebrate my 27th birthday. Nur Kasmelia turn 27th, boleh camtu? hehehe.. Sebenarnya takde la yang menarik sangat compare to last2 year, kalau dulu sambut besday confirm kene baling telur n tepung, but this year aku celebrate with just laydown on bed. A new experience for me, sebab memang sebelum ni aku tak pernah sambut besday atas katil. Tahun ni banyak yang berbeza, salah satu sebab ialah aku jauh dari kawan2 baik n family, hmm.. betul cakap someone semalam, aku tak boleh samakan situasi sekarang dengan dulu, sebab dah banyak yang berubah. I need to be more matured, tak boleh dah nak celebrate besday dengan tepung n telur macam dulu2, even dalam hati sangat rindukan segala kegilaan itu.

But for this year, aku tetap happy. Sebab aku masih ada orang2 yang sentiasa menyayangi aku, yang sentiasa ambil berat pasal aku, n yang sentiasa buat aku tersenyum even without 'crazy party' like before. Paling touch bila Mak send mesej to wish my besday at 1.37a.m, rasa teruja tu tak boleh nak ungkap dengan kata2, giler touching dibuatnya. Bukan tak pernah Mak wish besday aku, malah Mak Abah tak pernah gagal untuk celebrate my besday every year, paling2 takde pon Mak mesti akan buat majlis kecik2 untuk aku n invite closed family n friends. Cuma aku terharu sebab mak boleh bangun awal pagi camtu just to wish my besday, TQ Mak. And Abah pulak sanggup bangun solat hajat n baca yassin untuk aku. Sumpah aku memang tak boleh tahan airmata sebab aku sendiri tak pernah buat camtu untuk diorang, TQ Abah. Both of u is a great parents for me, u both never fail to make me smile all day long. Ya Allah, Kau panjangkanlah umur mereka sehingga nafasku yang terakhir, sungguh aku ingin lihat kebahagiaan diwajah tua mereka. Berikan aku peluang untuk memberi mereka yang terbaik yang aku ada, dan berikan ruang untuk aku terus berbakti kepada mereka Ya Allah.

And the 3rd person that never fail to make me smile and always made my day is Abang Am. My abang, bff, friend, partner, lawyer, doctor, cikgu n etc, banyak sangat kalau nak list down, hehehe. Sanggup tak tidur semalaman on my besday, just to accompany me yang keep mumbling n merungut tak puas hati about everything. Thanx to Him coz sanggup create poem for me, seriously terharu. Hmm, sajak or puisi aku pon tak sure, yang pasti memang buat aku sebak bila bangun tido. Lagi2 puisi tu guna huruf pangkal pada nama aku, what a wonderful besday I have this year. And again, big thanx to U coz sharing my ups and down. And puisi tu aku nak tempek kat sini, biar jadi kenangan n tatapan aku untuk masa2 mendatang..=)

N- Nur Kasmelia Jusoh, nama yang terukir sejak pertemuan kali pertama, nama yang menjadi sebutan siapa yang mengenalimu, wajah yang lembut membuatkan ramai yang menjadi sahabat karib mu, menyayangimu dikala susah dan senang.

K- Ketika orang tak kenali diriku, dirimu menyapa aku dan kemesraan bertaut sayang, kasih bertukar menjadi rindu, telatahmu riang sedia berkongsi masalah, ketawamu membuatkan aku hilang masalah.

J- Jadi, inilah masanya saat dirimu rasa bahagia, Hari Ulang Tahun mu kini menjelma, aku yang kerdil ini hanya dapat mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-27 pada saat yang sepatutnya aku ucap pada jam 12.00 tepat. Semoga kehidupanmu sentiasa disinari cahaya Ilahi dan lindungan Allah SWT. Tiada apa yang aku nak perkatakan, hanya bingkisan puisi ini sahaja dapat aku titipkan untukmu.

Mood sebak turn ON(-_-')

And last but not least, TQ pada semua family n kawan2 yang wish besday aku today, tak kisah la kat mana korang wish. Whatsapp, We Chat, FB, Insta, Msg, Call, yang pasti ucapan korang yang merepek tu buat aku gelak mengekek2 harini. And special thanx to all my Batch-mates Amirul Mustaqim, penuh wish kat group batch. Korang memang the best la, terharu wehh.. And for my BFF Cik Tuty, tq jugak sebab jadi BFF aku even ko selalu membebel non-stop,hehe.

TQ kpd semua yang menjadikan hari ini, hari yang bermakna untuk aku, I love all of you damn much!! Adioss..

p/s: tak sabar nak tunggu jumaat, ade suprise katanya, hehe..







Friday, February 14, 2014

SYUKUR ITU NIKMAT TERINDAH..

Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis. Peritnya amat terasa, tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata yang gugur tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar daripada keikhlasan.

Kadangkala aku terfikir, aku memohon sinar mentari yang cerah, ALLAH turunkan hujan yang lebat. Tetapi ketahuilah bahawa ALLAH selangi hujan itu dengan pelangi yang indah. Aku memohon kepada tuhan setangkai bunga yang segar, DIA beri kaktus berduri. Aku meminta kupu2 yang cantik, DIA beri ulat yang berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu2 yang sangat cantik. Itulah jalan tuhan, indah pada masanya. ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan. Kadang kita kecewa dan terluka, tetapi jauh di atas segalanya, DIA telah mengatur yang terbaik untuk kita. Setiap kepahitan pasti ada kemanisan, ALLAH lebih tahu.

Sometimes I asked for strength and ALLAH gave me difficulties to make me strong. I asked for wisdom and ALLAH gave me problems to solve. I asked for prosperity and ALLAH gave me brain and brawn to work. I asked for courage and ALLAH gave me dangers to overcome. I asked for favors and ALLAH gave me opportunities. I asked for love and ALLAH gave me troubled people to help. I received nothing I wanted but I get everything's I needed. We know that life will offer some disappointments but remember, through those things, you can become stronger and more stable person. Don't overlook obstacles but work through them. Remember that each road that you choose will offer some difficulties. If life were meant to be easy, there would be no challenges and no rainbows.

Dan bila terkadang, sesuatu yang kita suka, sesuatu yang kita mahu, ALLAH tidak bukakan jalan, ALLAH tidak permudahkan urusan. maka mungkin itu petanda, dihujung usaha, itu bukan yang terbaik untuk kita. Mungkin itu ditakdirkan sesuatu yang kita suka tetapi bukan apa yang ALLAH rencanakan untuk kita. Setitis embun yang menitis dari sehelai daun juga ada sebabnya. Hanya ALLAH yang Maha mengetahui atas setiap ketentuan-NYA, terimalah dengan REDHA.

Kadangkala kita menginginkan sesuatu tetapi kita tidak memilikinya. Jika inginkan mutiara, selamlah lautan. Jika inginkan kebahagiaan, tempuhilah penderitaan. Jika inginkan kejayaan, relailah pengorbanan. Biar rebah jangan berubah, biar terbuang teruskan berjuang. Ujian adalah tarbiyah daripada ALLAH. Semakin dekat bahtera diri kepada-NYA, semakin kuat ribut melanda. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan terkandung 1001 kemanisan. Ingatlah! ALLAH ciptakan bintang agar bulan nampak kirana dalam sepinya, ALLAH ciptakan Hawa agar Adam tampak bahagia dalam sepinya, dan ALLAH hadirkan masalah agar kita mengerti erti kemanisan hidup...

p/s: menulis tanpa spesifikasi, ini lah yang jadi, hehehe.. salam jumaat untuk semua tatapanku, with lots of love..^_^


Monday, February 10, 2014

~BAKING IS MY PASSION~

Tajuk hari ni berkaitan baking, al-maklum lah, tuan tanah kedaung ni memang suke baking, hehehe.. tapi sebenarnya dah lama jugak aku tak dapat nak baking dalam erti kata yang sebenar.. Semua ni berlaku sejak aku posting kerja kat Pahang since April last year.. Bile on FB or insta and tengok member2 update pasal cake and pastry, jiwa aku jadi kacau bilau, memberontak dgn tiba2.. haa kau, ayat xnak kalah, hihiii.. Yela, masa dapat posting kat Pahang memang aku xbawa pon tools for baking. Sebabnya kalau ikutkan term of work, aku cuma posting kat Pahang for 6months only, and after that i'll reposting to another place. Tapi atas sebab2 tertentu, I'm still here @Pahang for almost 11months, and still waiting for reposting.

Ok, berbalik pada tajuk asal.. Jiwa aku ni memang jiwa baking, and bila terlalu lama xdapat baking, jiwa aku jadi kacau bilau sampai termimpi2 duk baking kek mcm dulu2. kalau dulu, everyday aku baking. Bukan untuk makan sendiri, tapi untuk difaraidkan pada jiran tetangga n kawan2, punyela baik, haha.. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. So sambil buat amal jariah tu, aku juga boleh dikategorikan dalam list baker, which means aku ambil tempahan kek n pastry. Masa tu memang hidup aku sangat heaven, sebab boleh baking tiap2 hari.. Bau tepung, esen vanilla, cream cheese, whipp cream n etc tu memang buat jiwa aku tenang. Memang betulla cakap member baker aku, "baking is the best therapy for bakers".. Macam sekarang, aku cuma berkesempatan untuk baking once aku balik kampung je. And my planning after reposting is to bring together all my baking tools, so that I can bake like before, yeayy!! Do what you love, and love what you do, ryte?hehe..

And one find day, my dream is to open one small café yg berkonsepkan boutique café. Which means kat café tu nanti ade jual pelbagai jenis kek n pastry, and kat dalam tu jugak ade jual ladies wear yg mana kedua2nya ni akan dipisahkan oleh partition je. So sambil2 wife shopping baju or tudung, their husband boleh la lepak kt café sebelah sambil jaga anak, hehe.. (mood: verangan jap sambil tangan kat bahu n mata tengok atas,hihii..) *sila cubit saya laju2..^_^

Hope my dreams come true, keje berangan je ko kan Alya??haishhh, semua kejayaan kan bermula dari angan2, tapi biarla angan2 tu disertakan dengan usaha yang berterusan, barula ade hasilnye syg oiii.. Langkah pertama ialah tunggu memo posting dulu, pastu baru kita buat langkah kedua n seterusnya seperti yang dirancang. "Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bil khoir..". Niat yang baik pasti Allah permudahkan, InsyaAllah..=)

Rasa macam nak share satu resepi dengan korang, tapi hold dulu la sebab sekarang kat opis, resepi pulak kat rumah. Nanti bila ada masa free, aku bagi resepi untuk korang cuba ok? Got to go now, ada masa kita jumpa lagi.. Adioss tatapanku semua..

Friday, February 7, 2014

TAHUN BARU, CERITA BARU, SEGALANYA BARU...

Assalamualaikum to all readers..
Macam ramai la plak pembaca kat blog ni, hehe.. xpela, blog ni pon untuk suka2 je, coretan luah perasaan dikala aku kebosanan.. xterlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.. hari akan berlalu, minggu akan berganjak, bulan akan pergi, tahun akan berganti.. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyonsong tahun baru. Semoga selalu berjaya, sejahtera, damai dan kasih sayang Allah mengisi setiap hari dalam hidup kita semua, Insyaallah..

Banyak yg ingin aku tulis dan kongsi, tapi kekangan masa menyebabkan aku terpaksa melupakan semua tu untuk sementara.. blog ni pon dah berhabuk, labah2 pon dah bersarang kat sini, hehe.. ni pon curi2 masa kerja untuk update jap, ampun ye Boss.. hihiii..

Ok la, till we meet again to all my dear readers.. n salam kenal juga untuk sape2 yang baru kat sini ye.. tulisan pon tunggang langgang, akibat xselesa update blog kat ofis.. ok dear all, adiosss...