Tuesday, March 11, 2014

I'M BECOME OLDER THAN YESTERDAY...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...=)

Terima kasih Ya ALLAH kerana aku masih diberi nikmat bernafas di hari kelahiranku pada tahun ini. Sesungguhnya sangat besar nikmat yang Kau kurniakan ini, nikmat yang perlu aku gunakan sebaik mungkin untuk berubah ke arah yang lebih baik, InsyaALLAH (Skema plak ayat aku ni, hehe..).


Ok, entry ni takde nak story pape yang best, more to story about how I'm celebrate my 27th birthday. Nur Kasmelia turn 27th, boleh camtu? hehehe.. Sebenarnya takde la yang menarik sangat compare to last2 year, kalau dulu sambut besday confirm kene baling telur n tepung, but this year aku celebrate with just laydown on bed. A new experience for me, sebab memang sebelum ni aku tak pernah sambut besday atas katil. Tahun ni banyak yang berbeza, salah satu sebab ialah aku jauh dari kawan2 baik n family, hmm.. betul cakap someone semalam, aku tak boleh samakan situasi sekarang dengan dulu, sebab dah banyak yang berubah. I need to be more matured, tak boleh dah nak celebrate besday dengan tepung n telur macam dulu2, even dalam hati sangat rindukan segala kegilaan itu.

But for this year, aku tetap happy. Sebab aku masih ada orang2 yang sentiasa menyayangi aku, yang sentiasa ambil berat pasal aku, n yang sentiasa buat aku tersenyum even without 'crazy party' like before. Paling touch bila Mak send mesej to wish my besday at 1.37a.m, rasa teruja tu tak boleh nak ungkap dengan kata2, giler touching dibuatnya. Bukan tak pernah Mak wish besday aku, malah Mak Abah tak pernah gagal untuk celebrate my besday every year, paling2 takde pon Mak mesti akan buat majlis kecik2 untuk aku n invite closed family n friends. Cuma aku terharu sebab mak boleh bangun awal pagi camtu just to wish my besday, TQ Mak. And Abah pulak sanggup bangun solat hajat n baca yassin untuk aku. Sumpah aku memang tak boleh tahan airmata sebab aku sendiri tak pernah buat camtu untuk diorang, TQ Abah. Both of u is a great parents for me, u both never fail to make me smile all day long. Ya Allah, Kau panjangkanlah umur mereka sehingga nafasku yang terakhir, sungguh aku ingin lihat kebahagiaan diwajah tua mereka. Berikan aku peluang untuk memberi mereka yang terbaik yang aku ada, dan berikan ruang untuk aku terus berbakti kepada mereka Ya Allah.

And the 3rd person that never fail to make me smile and always made my day is Abang Am. My abang, bff, friend, partner, lawyer, doctor, cikgu n etc, banyak sangat kalau nak list down, hehehe. Sanggup tak tidur semalaman on my besday, just to accompany me yang keep mumbling n merungut tak puas hati about everything. Thanx to Him coz sanggup create poem for me, seriously terharu. Hmm, sajak or puisi aku pon tak sure, yang pasti memang buat aku sebak bila bangun tido. Lagi2 puisi tu guna huruf pangkal pada nama aku, what a wonderful besday I have this year. And again, big thanx to U coz sharing my ups and down. And puisi tu aku nak tempek kat sini, biar jadi kenangan n tatapan aku untuk masa2 mendatang..=)

N- Nur Kasmelia Jusoh, nama yang terukir sejak pertemuan kali pertama, nama yang menjadi sebutan siapa yang mengenalimu, wajah yang lembut membuatkan ramai yang menjadi sahabat karib mu, menyayangimu dikala susah dan senang.

K- Ketika orang tak kenali diriku, dirimu menyapa aku dan kemesraan bertaut sayang, kasih bertukar menjadi rindu, telatahmu riang sedia berkongsi masalah, ketawamu membuatkan aku hilang masalah.

J- Jadi, inilah masanya saat dirimu rasa bahagia, Hari Ulang Tahun mu kini menjelma, aku yang kerdil ini hanya dapat mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-27 pada saat yang sepatutnya aku ucap pada jam 12.00 tepat. Semoga kehidupanmu sentiasa disinari cahaya Ilahi dan lindungan Allah SWT. Tiada apa yang aku nak perkatakan, hanya bingkisan puisi ini sahaja dapat aku titipkan untukmu.

Mood sebak turn ON(-_-')

And last but not least, TQ pada semua family n kawan2 yang wish besday aku today, tak kisah la kat mana korang wish. Whatsapp, We Chat, FB, Insta, Msg, Call, yang pasti ucapan korang yang merepek tu buat aku gelak mengekek2 harini. And special thanx to all my Batch-mates Amirul Mustaqim, penuh wish kat group batch. Korang memang the best la, terharu wehh.. And for my BFF Cik Tuty, tq jugak sebab jadi BFF aku even ko selalu membebel non-stop,hehe.

TQ kpd semua yang menjadikan hari ini, hari yang bermakna untuk aku, I love all of you damn much!! Adioss..

p/s: tak sabar nak tunggu jumaat, ade suprise katanya, hehe..







No comments:

Post a Comment