Tuesday, April 5, 2011

Kasih Ibu Membawa ke Syurga...

Salam readers..tengah xde mood sebenarnya sekarang coz asa penat kat hospital xhabis lagi.. Jangan salah paham ye, bukan saya yang masuk hospital, tapi tok saya.. Seminggu tok kat hospital, baru petang semalam leh kuar.. Asalnya tok cuma xlarat macam biasa, orang kata sakit tua coz umo tok aku pon dah 90 lebih.. Tok xde pape sakit selain dia menghidap asma je, cuma 2thn kebelakangan ni tok aku sangat mudah untuk lupa *(nyanyuk).. Tok masuk ward atas saranan my cousin yg merupakan seorang doktor, itupon lepas dia syak tok mybe mengalami lung infection.. Seminggu tok di spital, macam2 test yg doktor buat untuk menganalisis penyakit tok, akhirnya lepas 2x buat ujian imbasan x-ray, doktor mengesahkan yg buah pinggang tok gagal berfungsi secara normal and doktor dah bagi date untuk tok menjalani rawatan cuci buah pinggang pada bulan6 nanti kalau xsilap aku.. petang semalam tok dah boleh kuar ward...

Ekceli apa yang aku nak ceritakan ialah pengalaman semasa aku menemani makcik aku menjaga tok di hospital pada 02/04/2011.. Oleh sebab setiap pesakit hanya dibenarkan dijaga oleh seorang waris, maka aku terpaksa tidur di sebelah katil seorang nenek yang juga menghidap asma, umo nenek tu pon sebaya tok aku jugak.. tapi yang menyedihkan, makcik aku gitau sepanjang seminggu nenek tu masuk wad, baru sekali anak die datang ziarah and sekali cucu die datang..


Malam 02/04/2011 masa jaga tok, lepas je makan and solat isyak aku dah tido sebab penat.. then dalam pukul1 pagi aku terjaga bila tok bgitau nak ke bilik air, aku and makcik tolong tok turun dari katil and duduk atas wheel chair untuk ke bilik air.. lepas je tok dah naik atas katil and sambung tido, nenek yang aku cakap kat atas tadi tu panggil coz die kata rasa panas and kering mulut, pastu aku bagi air tuk dia minum.. xlama lepas dia minum air tu tetiba dia gitau yang dua2 tangan and kaki dia rasa kebas, menyucuk2, lenguh and rasa tersentap.. aku tolong la urut2 tangan and kaki die, tapi die cakap still jugak rasa kebas and lenguh2.. pastu makcik aku pon datang tolong aku picit2 tangan and kaki nenek tu, tapi still camtu jugak.. ku gitau nurse and dorang bagi ubat tuk hilangkan kesakitan, nurse tu cakap ubat tu boleh sebabkan rasa mengantuk, then aku pon ok la coz memang masa tu aku pon dah ngantuk sangat coz dah dekat pukul2 pagi..


yang sedihnya bila nenek tu still xrasa ngantuk lepas setengah jam makan ubat tu.. aku pon terus jela picit2 tangan and kaki die kot2 boleh rasa kurang sket ke, tapi nenek tu cakap rasa lagi teruk, die sampai peluk2 aku coz xtahan sangat.. nurse pon xtau nak wat pape dah coz masa tu doktor xde, doktor kena escort kes kat hospital Sungai Petani yang mengambil masa 1jam jugak untuk ke sana.. perkara tu berlanjutan sampai pukul4.30 pagi, bayangkan sepanjang masa tu aku xtido tuk jaga nenek tu, makcik dah tido sebelah tok aku coz die penat.. disebabkan aku dah terlalu penat, aku bgitau kat nurse supaya amik pape tindakan, bagi painkiller ke coz kesian betol tengok nenek tu.. dalam pukul 5.15 barula doktor yang incharge emergency datang and bagi suntikan kat nenek tu, dalam kul 5.30 barula nenek tu boleh tido..


Bayangkan aku cuma boleh tido 2jam je coz pukul7.30 aku dah bangun kemas2 tempat, doktor akan masuk untuk checkup patient pukul8.. masa tengah siap2 nak g cafe dengan makcik, nenek tu panggil makcik.. korang expect die nak watpe? die nak bagi duit kat aku coz tolong die malam tu, memang sedih giler aku rasa masa tu, tapi aku and makcik xamik pon coz nenek tu pon bergantung pada duit kebajikan masyarakat je tiap2 bulan.. paling sedih bila tok aku boleh kuar wad aritu, xtau la sapa yang nak tolong nenek tu bila dia sakit, sapa nak tolong papah die bila die nak g toilet.. kenapa la anak2 die langsung xambik  peduli sedangkan syurga dibawah telapak kaki ibu.. selamat ke hidup dorang buat macam tu kat seorang ibu yang kandung dorang 9bulan, bertarung nyawa pulak nak lahirkan dorang, ibarat telur dihujung tanduk.. bersengkang mata nak besarkan dorang dengan harapan bila anak itu dewasa, mereka akan berjaya dalam hidup tanpa meminta balasan.. tapi kenapa ini balasan untuk ibu tersebut???


Dengarlah wahai anak, jasa seorang ibu yang mengandung, jika dia mati ketika melahirkan anaknya, maka mati itu dikira SYAHID.. tidakkah besar jasa dan pengorbanan seorang ibu yang melahir dan menjaga kita sehingga tuhan meletakkan darjat setinggi itu untuk seorang ibu? tapi kenapa ada anak yang sanggup mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka sedangkan mereka juga bakal ibu dan bapa, serta ada juga yang telah menjadi ibu dan bapa kepada anak2 mereka.. Ingatlah wahai anak, apa jua yang kita lakukan terhadap ibu bapa kita, semuanya akan dihitung oleh ALLAH s.w.t.. baik perbuatan si anak, SYURGA lah tempat untuknya.. jahat perbuatan si anak, NERAKA lah tempat untuknya.. walau seribu tahun kita berbakti untuk ibu bapa, belum tentu cukup untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita, jaga dan tatanglah mereka sedaya mungkin kerna mungkin kita xkan berpeluang untuk memanggil MAK dan ABAH lagi saat membuka mata esok.. ambillah peluang yang ada ini untuk berbakti kepada mereka, kita masih berpeluang bernafas juga adalah kerana jasa mereka melahir dan menjaga kita.. Ingatlah wahai anak, redha ALLAH adalah dari redha kedua IBUBAPA kita!!!